Tuesday, 18 October 2016

5 Perkara Yang Perlu Ada Dalam Poster Yang Hensem!



Assalamualaikum semua


Dalam design, we judge book by its cover!


Sekarang Afiq nak tunjukkan idea dan konsep yang "new school" dalam pembuatan poster yang dapat menjadi eyes catcher. Ramai yang tak tahu design memainkan peranan yang SANGAT SANGAT PENTING dalam suatu promosi permasaran. Kalau menarik, orang suka; minta maaf jika idea ni memang akan buat korang takkan menang tangan nak handle!





Blog post kali ini adalah tulisan bersama Afiq Radzuan, pemilik Fiqh Fasion. Blog post ini ditujukan khas kepada mereka yang bertanya bagaimana membuat poster yang menarik perhatian dan tertanam dalam minda serta hati mereka yang melihat. Disini kami berkongsi mengenai 5 Ciri Asas Poster untuk Memenangi Minda dan Hati yang Memandang






#1 Pastikan Senang Dibaca






Tujuan poster adalah menyampaikan mesej mengenai event, dan promosi. Design yang simple dengan informasi asas seperti:






Tajuk atau 'Headline'


Pastikan font yang jelas dan menarik perhatian






Maklumat Asas


Bila? Dimana? Bagaimana? Persoalan asas mengenai event atau promosi yang ingin


menarik pelanggan untuk datang perlu jelas dinyatakan dalam poster.






Promosi dan Call to Action


Promosi percuma dan diskaun terhad kepada pelanggan-pelanggan terpilih.










#2 Call To Action









Poster yang berinteraksi melalui 'call to action' seperti Watsapp SEKARANG! LIKE PAGE KAMI SEKARANG! CALL TO PREORDER YOUR TICKETS NOW!!






Informasi ini diletakkan di bahagian 'other details' dalam poster tersebut.










#3 Guna Gambar yang Dominasi






Contoh, jika poster concert, gambar artis tersebut akan menjadi gambar dominasi.Gambar mesti jelas seperti jelasnya typography yang dipakai untuk maklumat event tersebut. Gambar, warna serta font design mesti sesuai dengan apa mesej yang hendak disampaikan. Poster seperti lukisan seni yang menarik minat yang memandang untuk melihat lebih dekat.










#4 Ruang






Jarak antara gambar dan details posters amat penting. Jika pembaca susah membaca poster tersebut, mereka tidak akan menoleh pada kali kedua. Jadi jangan mengambil risiko tersebut. Pemasaran yang menarik perhatian berlaku pada 5 saat pertama.







#5 Warna






Informasi terakhir adalah yang paling penting. Warna mempengaruhi emosi pelanggan. Pastikan warna, image dan jenis event digabungkan dengan teliti. Adakah poster dapat dilihat dari jarak jauh? Adakah warna sesuai dengan event? Contoh, event derma darah selalunya memakai kombinasi warna merah dan putih.

No comments:

Post a Comment